Peristiwa Semalam

Semalam,
kita diulik mimpi indah,
hidup bahagia, aman di mana jua,
hilai ketawa penyeri ruang detik masa,
hari-hari kita menasyikkan,
bersyukur pada tuhan,
limpah rahmat berkat ke atas bumi Malaysia,
buat kita semalam, hari ini dan esok,

walaupun begitu,
hidup bahagia dan aman kita,
diragut disentap direntap,
peristiwa semalam.

peristiwa semalam,
menyayat hati, mengamit hiba, menyusuri air mata,
heboh dunia, gempar penghuni desa dan kota,
seluruh pelusuk dan celah-celah dunia,
sukarelawan ke Gaza di kekang, di halang,
oleh Zionis angkuh dan rakus,
menyerang sukarelawan dunia,
menahan sukarelawan dunia,
menggempur sukarelawan dunia,
yang tidak bersenjata,
yang hanya membawa bekalan bantuan,
buat warga Gaza yang memerlukan.

Peristiwa Semalam,
dunia menjadi saksi,
dunia kini bersuara,
menyatakan kekejaman dan kezaliman manusia,
yang hati manusia hanya mahukan kepuasan,
kerana sifat dan sikap egois manusia,
bahawa mereka berkuasa.

Peristiwa semalam,
laut menjadi saksi,
besi melihat tindak-tanduk,
udara berhembus mengetahui segalanya,
langit biru merakam aksi,
mivi marmara tempat terjadi,
tindakan kejam zionis menghunus kesombogan.

bangun dan bangkit masyarakat dunia,
sedarlah ini satu penindasan,
satu provokasi,
satu ancaman,
bukan kerana nama, identiti, agama,
tapi atas nama keprihatinan manusia,
ini adalah penindasan hak,
hak yang ada untuk manusia.

peristiwa semalam,
adalah derita buat mereka,
derita juga buat kita,
bersama kita berkongsi duka,
langit tidak selalu cerah,
peristiwa semalam buat mereka,
namun jagan lupa,
kita mungkin jadi serupa,
kerana itu beringatlah.

bersama nukilan ini,
doa buat warga Gaza,
sokongan semangat,
keprihatinan dan air mata,
Semoga Allah merahmati bumi Gaza........ AMIN................

0 comments: