Semalam,
kita diulik mimpi indah,
hidup bahagia, aman di mana jua,
hilai ketawa penyeri ruang detik masa,
hari-hari kita menasyikkan,
bersyukur pada tuhan,
limpah rahmat berkat ke atas bumi Malaysia,
buat kita semalam, hari ini dan esok,
walaupun begitu,
hidup bahagia dan aman kita,
diragut disentap direntap,
peristiwa semalam.
peristiwa semalam,
menyayat hati, mengamit hiba, menyusuri air mata,
heboh dunia, gempar penghuni desa dan kota,
seluruh pelusuk dan celah-celah dunia,
sukarelawan ke Gaza di kekang, di halang,
oleh Zionis angkuh dan rakus,
menyerang sukarelawan dunia,
menahan sukarelawan dunia,
menggempur sukarelawan dunia,
yang tidak bersenjata,
yang hanya membawa bekalan bantuan,
buat warga Gaza yang memerlukan.
Peristiwa Semalam,
dunia menjadi saksi,
dunia kini bersuara,
menyatakan kekejaman dan kezaliman manusia,
yang hati manusia hanya mahukan kepuasan,
kerana sifat dan sikap egois manusia,
bahawa mereka berkuasa.
Peristiwa semalam,
laut menjadi saksi,
besi melihat tindak-tanduk,
udara berhembus mengetahui segalanya,
langit biru merakam aksi,
mivi marmara tempat terjadi,
tindakan kejam zionis menghunus kesombogan.
bangun dan bangkit masyarakat dunia,
sedarlah ini satu penindasan,
satu provokasi,
satu ancaman,
bukan kerana nama, identiti, agama,
tapi atas nama keprihatinan manusia,
ini adalah penindasan hak,
hak yang ada untuk manusia.
peristiwa semalam,
adalah derita buat mereka,
derita juga buat kita,
bersama kita berkongsi duka,
langit tidak selalu cerah,
peristiwa semalam buat mereka,
namun jagan lupa,
kita mungkin jadi serupa,
kerana itu beringatlah.
bersama nukilan ini,
doa buat warga Gaza,
sokongan semangat,
keprihatinan dan air mata,
Semoga Allah merahmati bumi Gaza........ AMIN................
Peristiwa Semalam
Posted by firdaus Tuesday, June 1, 2010 at 12:36 PM
Keadilan atau kepentingan
Posted by firdaus Monday, April 26, 2010 at 5:43 PM
Pilihan raya hulu selangor telah pun menutup tirainya. Waktu pengundian dan pengiraan undi telah pun tamat. Keputusan sudah pun diumumkan dengan kejayaan Barisan Nasional merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor. Ini bermakna bertambah la wakil rakyat daripada Barisan Nasional di Parlimen. Perkara ini telah maklum buat 1 Malaysia.
Barisan Nasional bergembira dengan keputusan tersebut. Kini tanggungjawab bagi wakil rakyat Hulu Selangor untuk menunaikan apa yang telah dijanji. Waktu untuk mengotakannya.
Kelmarin penduduk tempatatan yang menuntut hak mereka untuk mendapat duit pampasan telah pun diberikan. Mereka kini telah beroleh hak mereka. Tahniah Barisan Nasional telah berjaya menunaikan janji mereka. Penduduk tempatan ada yang sehingga menitiskan air mata dek terharu dengan pemberian tersebut selepas penantian sekian lama. Bermunajat dan bersyukurlah pada tuhan atas pemberian tersebut. Sesungguhnya pemberian itu dari Allah dan bukannya dari manusia. Manusia itu hanyalah umpama jambatan yang menghubungkan. Alhamdulillah..
Namun, dalam kegirangan penduduk Hulu Selangor mendapat habuan mereka, ada masyarakat yang tidak senasib dengan mereka. Mengapa penulis mengatakan demikian? Penulis ingin membawa perhatian pembaca kepada isu royalti minyak di Kelantan. Tuntutan terhadap tuntutan royalti minyak di Kelantan telah pun lebih terdahulu berkumandang. Namun jawapannya adalah wang ehsan. Tengku Razali sendiri telah bangkit bersuara, tapi tidak diendahkan. Apakah perkaitan ini dengan Hulu Selangor? Hari ini kerajaan Barisan Nasional dilihat telah melakukan keadilan kepada penduduk Hulu Selangor. Pampasan telah dibayar. Bagaimana pula dengan wang royalti? Mengapa kerajaan Barisan Nasional juga tidak bertindak dengan perbuatan yang sama? Mengapa tidak dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan? Apakah tindakan kerajaan Barisan Nasional ini keadilan? Atau hanya satu kepentingan politik?
Penulis berpandangan disebalik menegakkan keadilan, tersirat di situ satu perkara yang lebih besar. Kalau benar kepimpinan hari ini cuba menegakkan keadilan nescaya kerajaan akan menegakkannya di seluruh pelusuk negeri bukan di satu-satu kawasan. Apakah nilai ukuran sebuah keadilan jika sebelah pihak lagi ditindas? Belum sempurna lagi sebuah keadilan.
Penduduk tempatan juga harus sedar bahawa nilai pampasan yang dibayar hari ini tidak sama nilainya dengan nilai yang dijanjikan lebih beberapa tahun yang lalu. Dari perspektif ekonomi, kalau dahulu RM10, hari ini nilaian RM10 itu tidak sama. RM10 dulu mungkin adalah RM50 sekarang. Ini kerana nilaian tersebut telah mengalami inflasi. Penduduk Hulu Selangor harus sedar perkara ini. Jika bayaran pampasan yang dijanjikan beberapa tahun yang lalu dibayar dengan harga yang sama pada masa sekarang, hakikatnya penduduk telah mengalami kerugian. Adalah lebih bermakna jika dijual tanah itu sekarang kerana nilaian aset akan meningkat setiap tahun. Penduduk pasti beroleh lebih keuntungan. Sekiranya kerajaan Barisan Nasional hari ini membayar dengan harga yang dahulu, sedarlah penduduk Hulu Selangor, sekali lagi anda ditipu. Dalam perundangan Islam dan perundangan Sivil, jika terdapat penipuan dalam kontrak, kontrak itu boleh terbatal.
APCO & 1 Malaysia
Posted by firdaus Thursday, April 15, 2010 at 1:07 AM
| Anwar Ibrahim | |
|
|
demokrasi di Malaysia?
Posted by firdaus Tuesday, February 9, 2010 at 5:37 PM
Keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia pada hari ini seperti telah diketahui dari awal lagi dan telah dijangkakan. Keputusan siapa menteri besar Perak telah pun terjawab. 1 Malaysia telah mengetahui perkara tersebut. Yang pasti pihak yang menang pasti berasa gembira dan yang tewas berasa sedih. Namun persoalan gembira atau sedih itu bukanlah perkara dan aspek yang harus dinilai. Perkara pokok dan utama adalah keputusan yang dibuat oleh mahkamah persekutuan tersebut.
implikasi daripada keputusan mahkamah tersebut akan memberi impak yang besar kepada perundangan negara Malaysia. Kes-kes dimana yang question of law and question of fact adalah sama akan merujuk kepada kes hari ini.
Dalam keputusan penghakiman Yang Arif Arifin Zakaria ketika membaca penghakiman itu, antara lain, berkata:
“Tidak terdapat syarat dalam Perlembagaan Negeri yang memerlukan undi tidak percaya diambil oleh Dewan Undangan Negeri. Dalam kes yang diadili, tidak ada keraguan bahawa Zambry mempunyai sokongan 31 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri.”
Keputusan penghakiman yang dibacakan oleh Yang Arif Arifin Zakaria bersama keputusan yang dipersetujui oleh 4 orang hakim yang lain kelihatan sempurna. Keputusan yang dibuat seolah-olah sangat tepat.
Mengikut kepada perlembagaan Undang-Undang Tubuh negeri Perak memang diperakui bahawa perlantikan Menteri Besar boleh dibuat atas budi bicara Sultan. Tetapi krisis yang berlaku pada hari ini di negeri Perak adalah perlantikan 2 orang menteri besar. Kronologi kisah rampasan kuasa di Perak tempoh hari perlu dikaji. Sebelum Nizar meletakkan jawatannya sebagai menteri besar, perlantikan menteri besar yang baru telah dibuat. Bukankah keadaan ini terdapatnya 2 orang Menteri Besar? Bagaimana ini berlaku? Adakah melalui perlantikan baru Menteri Besar, Menteri Besar yang sebelumnya akan terlucut jawatan secara automatik tanpa hitam putih? Adakah ini contoh kepimpinan yang terbaik? Jikalau begitu mudahlah. Yang Dipertuan Agong bebas melantik Perdana Menteri yang baru apabila baginda merasakan peranan Perdana Menteri tersebut sudah tidak layak. Bukankah ini menuju ke arah sistem Monarki? Bukankah Malaysia ini Demokrasi? Apakah itu demokrasi?
Mengapa Oh Mengapa?
Posted by firdaus Monday, August 17, 2009 at 7:20 PM
Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!
MENGAPA OH MENGAPA?
1. Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...
....tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?
2. Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
....tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan ?
3. Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah ,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
....tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, " dia mesti dibebaskan! "
4. Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?
5. Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatak punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?
6. Mengapa bila seseorang kristian atau yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan...
...tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!
7. Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?
8. Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan....
....tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!
9. Mengapa kita terlau percaya kepada akhbar...
.... tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?
ISA penyelamat atau kekejaman?
Posted by firdaus Tuesday, July 28, 2009 at 5:30 AM
ISA satu penyelamat atau kekejaman?
apakah pandangan anda terhadap isu ISA?
ramai masyarakat berpandangan ISA merupakan satu akta yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. alasannya hukuman ISA tidak lagi relevan pada zaman ini dan ia akta yang tidak memberi pembelaan kepada tertuduh. tertuduh akan terus dimasukkan ke penjara kamunting tanpa diberi peluang untuk membela diri.
ada juga yang bersuara menyokong terus pelaksanaan ISA. ISA dilihat sebagai satu akta yang mampu memelihara keamanan dan kesejahteraan Malaysia tanah airku. contohnya, isu Hindraf, Peristiwa Memali, al-Maunah dan sebagainya. hujah lain juga disebut ISA mampu mengekang hasutan yang boleh membawa kepada perpecahan persaudaraan 1 Malaysia.
namun persoalan yang timbul isu ISA mendapat bantahan ramai.
hujah saya ISA adalah satu akta yang kejam. baiklah kalau kita melihat ia daripada sudut positif, saya bersetuju ia boleh mengekang hasutan yang boleh mengancam keselamatan negara tetapi penghasut yang ditahan dibawah akta ini adakah wajar dia tidak diberi peluang membela diri? mungkin kita dapati dia memang bersalah. justeru beliau terus dihukum. persoalannya, apakah pula akta "defend" tidak perlu diguna pakai? kebarangkalian individu tersebut dipaksa atau dihasut atau terhasut melakukan perbuatan sedemikian? kita melihat filem hindi lakonan shah rukh han, seorang bapa terdorong membunuh pemimpin kerajaan kerana anaknya diperkosa dan dibunuh. shah rukh han pula terdorong untuk memecah masuk syarikat televisyen tempatan untuk mempengaruhi rakyat menolak pemimpin. bagaimana isu ini jika berlaku di Malaysia? kebiasaannya tahanan akan terus ditahan diwahah ISA, tidak dibicara.
selain itu, bagaimana pula tahanan yang ditahan lebih daripada 3 tahun? tidak dibicara sekalipun. adakah teruk sangat mereka ini? mereka ini ditakuti kerana apa sehingga tidak diberi peluang dibicara? jikalau terbukti bersalah mengapa tidak dibicara, dijatuhkan hukuman dan diberi pendidikan?
akhir sekali, kita sebenarnya belum bersedia untuk menerima keterbukaan. jikalau kita melihat kepada negara yang lebih terbuka seperti amerika kita lebih jauh. hakikatnya kita kena benarkan pembaharuan masuk ke dalam diri kita jika kita mahu yang baru. masalah pasti akan timbul. tetapi yang penting penyelesaiaannya. pada zaman yang tiada sempadan ini pelbagai cara boleh digunakan. akta ISA tidak akan mampu mengekang pembaharuan ini. justeru alternatif lain perlu digunakan dan menggantikan ISA.
profesional atau ulama?
Posted by firdaus Thursday, June 4, 2009 at 5:39 AM
Professional atau Ulama?
itulah isu yang diamainkan oleh media elektronik dan media cetak Malaysia.
Ulama adalah orang yang ahli (pakar) dalam pengetahuan agama Islam.(kamus dewan edisi 3)
Profesional adalah orang yang bermain sukan (berlakon dan lainlain) semata-mata untuk mencari wang (kamus dewan edisi 3).
Berdasarkan kepada definisi yang dipetik dari Kamus Dewan edisi 3, Ulama dan Profesional itu berbeza sama sekali. Ulama dilihat golongan yang berkemahiran dan arif dalam agama manakalan golongan profesional merujuk kepada mereka yang mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Persoalan yang timbul sekarang adalah ke mana hala tuju Parti Islam Semalaysia (PAS)?
Persoalan ini cuma retorik sahaja demi menggangu perjalanan parti tersebut yang dilihat cemerlang dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam kepada mereka bertambah saban hari. Justeru isu profesional mula timbul gara-gara mendapat sokongan dari golongan bukan Islam. Timbul juga isu PAS sudah lari daripada objektif penubuhannya.
Hakikat sebenarnya istilah ULAMA itu dahulu perlu kita kaji. Perkataan ULAMA itu sendiri berasal dari bahasa arab dan merupakan kata pinjaman bahasa melayu. Justeru kita akan menganalisa sedikit maksud ULAMA dan asalnya. ULAMA berasal daripada perkataan 'ain', 'lam' dan 'mim' atau 'alama bermaksud belajar. ULAMA pula adalah golongan yang terpelajar dalam konteks yang mudah difahami ULAMA adalah orang yang mahir, berpengetahuan dan tahu dalam sesuatu bidang. Justeru tiada isu untuk melihat PAS itu berpecah. Tidak juga timbul isu seperti yang dimainkan pihak media.
Kesimpulannya, isu yang diputarkan hanyalah sebagai retorik dalam usaha memecah belahkan PAS. ALLAH S.W.T berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2, ingatlah bahawa orang yang mengajak kepada perpecahan akan menerima azab yang pedih daripada ALLAH.
wallahuallam.


Sehingga kini Perdana Menteri (gambar kiri) belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.
Pada 18 Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.
Saya ambil contoh dua perjanjian lantikan yang melibatkan APCO. Satu yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan APCO bertarikh 4hb Ogos 2009 yang secara khusus memberi tugasan kepada APCO untuk membaikpulih imej kerajaan Malaysia. Ini mempunyai tandatangan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sendiri, iaitu Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (gambar kiri) yang menunjukkan betapa dekatnya APCO dengan Perdana Menteri - sedangkan pada kebiasaannya perjanjian kerajaan hanyalah ditandatangani oleh pegawai-pegawai kerajaan sahaja.